KerjaOhKerja.com: Jawatan kosong : LGM Properties Corporation
   

Followers




Masukkan email anda untuk mendapatkan maklumat jawatan kosong terkini:

Delivered by FeedBurner




Jawatan kosong : LGM Properties Corporation



Kepada mereka yang berminat, yang mempunyai kelayakan dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

Jawatan

1. EKSEKUTIF PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

Senarai Tugas

Membantu Pengurus (Pentadbiran dan Sumber Manusia) di dalam :

* Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia termasuk perjawatan, latihan dan kebajikan kakitangan.
* Pengurusan dan pentadbiran aset, inventori dan stok termasuk penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyeleggaraan dan pelupusan.
* Pengurusan dan pentadbiran prosedur/polisi/dasar termasuk penggubalan, pemantauan, dan implementasi.
* Pengurusan dan pentadbiran perolehan termasuk sebutharga dan tender.
* Pengurusan dan pentadbiran sistem pengkomputeran termasuk perisian dan penyelenggaraan.
* Lain-lain pengurusan dan pentadbiran pejabat.
* Lain-lain tugas yang diarahkan.

Syarat-syarat

* Warganegara Malaysia.
* Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dari Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf.
* Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman di dalam bidang pendatbiran dan pengurusan sumber manusia.
* Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Undang-Undang Buruh dan lain-lain aspek perundangan berkaitan sumber manusia.
* Mempunyai kemahiran yang baik menggunakan komputer.
* Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
* Mempunyai keperibadian yang baik dengan semangat kerja yang tinggi, jujur dan amanah.
* Sedia diarahkan untuk bekerja di luar pejabat.
* Sedia dipindahkan ke Unit yang lain.

Calon-calon yang berminat, sila kemukakan permohonan secara bertulis dan sertakan maklumat peribadi termasuk gambar (bersaiz passport) dan dokumen-dokumen sokongan ke alamat seperti berikut :

Pengurus (Pentadbiran dan Sumber Manusia)
LGM Properties Corporation
Tingkat 3, Bangunan Getah Asli
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur


Tel : 03-2171 1177
Faks : 03-2171 1151

Permohonan perlu dikemukakan sebelum 27 April 2009 dan calon-calon yang disenaraipendekan sahaja akan dimaklum untuk sesi temuduga. Permohonan yang lewat akan ditolak.

Tarikh tutup : 27 April 2009





Tags : jawatan, kosong, kerja, kekosongan, vacancy, vacancies, di, perkhidmatan, kerajaan, government, sektor, awam, swasta, perbadanan, badan, berkanun, lembaga, persekutuan, negeri, kerjaohkerja, kementerian, jabatan, majlis, perbandaran, bandaraya, universiti, 2009, pertubuhan, kolej, temuduga, syarikat, malaysia, sdn bhd, berhad, negara, kerjaohkerja.com, institut, suruhanjaya, bank, iklan, terkini, job, holdings, jobs, recruitment, glc, recruitments, pengambilan, permohonan