Rumah Sewa PPR RM124/Sebulan Bagi Golongan B40

#ppr #programperumahanrakyat #golonganb40 #kerjaohkerjacom


Permohonan Rumah Sewa PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)


Rumah Sewa PPR RM124/Sebulan Bagi Golongan B40, Penubuhan Program Perumahan Rakyat atau dikenali sebagai rumah PPR adalah merupakan penempatan bagi mereka yang berpendapatan rendah (B40). Rumah sewa PPR adalah untuk keperluan tempat tinggal kepada golongan B40.


Untuk pengetahuan anda semua , permohonan rumah sewa PPR atau Program Perumahan Rakyat masih dibuka berdasarkan setiap negeri yang masih membuka permohonan.


Portal Malaysia ingin berkongsi cara permohonan PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR).


PROGRAM KATEGORI PERUMAHAN RAKYAT (PPR)


PPR Disewa

Program Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan kadar RM120 sebulan.


PPR Dimiliki

Kerajaan menubuhkan program PPR Dimiliki untuk memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Harga rumah PPR Dimiliki ialah sebanyak RM35,000 untuk seunit di semenanjung Malaysia manakala di Sabah pula sebanyak RM42,000 untuk seunit. 


CIRI – CIRI RUMAH SEWA PPR

Kedua program PPR Disewa dan PPR Dimiliki akan ditubuhkan dengan menggunakan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan .


  1. Kawasan bandar adalah jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  2. Kawasan pinggir bandar adalah jenis yang rumah teres
  3. Keluasan adalah tidak melebihi 700 kaki persegi
  4. Binaan – 3 bilik tidur , 2 bilik air , 1 ruang tamu , 1 ruang dapur

Keperluan Asas :

  1. Surau
  2. Rumah Sampah
  3. kemudahan OKU
  4. Tadika
  5. Dewan Komuniti
  6. Taman Permainan

Maklumat tambahan , segala projek PPR di setiap negeri boleh di semak melalui laman rasmi di https://teduh.kpkt.gov.my/project


SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi membuat permohonan Rumah Sewa PPR :


  1. Pemohon mestilah berwarganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas sahaja
  3. Pendapatan isi rumah mestilah kurang daripada RM3,000 dan ke bawah sahaja
  4. Syarat yang lain yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

CARA MOHON RUMAH PPR

Permohonan Secara Manual

Permohonan Secara Online

  • Bagi anda yang ingin membuat permohonan secara dalam talian , anda boleh terus layari laman web rasmi TEDUH: https://teduh.kpkt.gov.my/

PERTANYAAN LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut , anda boleh terus rujuk gambar di bawah:

#ppr #programperumahanrakyat #golonganb40 #kerjaohkerjacom




#ppr #programperumahanrakyat #golonganb40 #kerjaohkerjacom

Post a Comment

0 Comments